Urusan

Screenshot_2017-07-28-16-37-31-617

Advertisements

Rumah.

Suka sangat ngn ayat ni..
❀😌

S I N I B U K A N
R U M A H K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan.

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita.

Tak Rindu kah pada kampung anda ?

Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta
amal sholeh dan keimanan, taat pada Nya
serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan,
dihuni oleh
orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri sholehah
Ada suami Sholeh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap
menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.

Bila Keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur’an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah iaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati

INGAT INI BUKAN RUMAH KITA

( dikongsi… Semoga Allah merahmati tuan yg mngarang & melakarkan puisi indah ini )

Usia

*MESEJ DISEBALIK USIA*

πŸ’§Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.

πŸ’§ Semakin berusia semakin kabur matanya… Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.

πŸ’§ Semakin berusia semakin sensitif….kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.

πŸ’§ Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya….kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.

πŸ’§ Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi….kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.

πŸ’§ Semakin berusia semakin rambut putih….kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.

πŸ’§ Begitu juga hati…semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian…kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.

❀ Akhirnya…hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.

Didoakan semoga kita semua:-

● Diberkati usia
● Dimurahkan rezeki
● Ditetapkan keimanan
● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
● Kesihatan yang baik
● Berjaya di dunia & akhirat
● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

*Amiin ya Robbal alamin.*